RUMAH SEWA & DURANA - TRIBUTE BUAT PUTERI



Credit : Official Paan


PUKUL 12.35 PETANG.

"Saya pergi dengan budak-budak rumah sewa. Awak dengan Zura pergi dulu!" 

Durana serba salah. Masih berdiri kaku melihat paan. 

"Pergi lah! Zura dah masuk kereta tu! Tunggu apa lagi??" Terkejut Durana bila di sergah begitu. Bukan salah paan berkasar. 

Tadi masa di dalam kelas Durana mendapat pangilan dari pihak hospital memaklum kan yang adik dia yang berada di dalam hospital sedang nazak. Mula asal nya Durana hendak paan ikut sekali ke hospital menaiki kereta dengan dia tapi paan mahu ke hospital dengan semua rakan rumah sewa dia.

"Prinsip kami biar susah macam mana sekali pun kami akan cuba dan kekal bersama-sama. Dah awak pergi dulu. Jangan risau. Budak-budak semua dah kesini. Dia orang ada dekat kedai mamak depan tu je."
Itu je ayat yang masih terngiang-ngiang di kepala Durana. 

Zura yang memandu memandang kan emosi Durana tidak stabil. 

"Beb tak payah lah nagis.. Nanti kalau puteri tengok kau macam nie dia lagi sedih.." Durana cuba mengawal emosi. Jarak kolej ke HKL yang cuma berapa belas minit terasa lama betul. 

Memandang kan cuma Durana yang tinggal paling dekat dengan HKL dan keluarga yang lain berada jauh di Sabah membuat kan Durana semakin sebak. 

Untung sepanjang Puteri berada di hospital paan dan rakan-rakan paan banyak membantu bergilir menjaga Puteri. Mereka dah anggap Puteri macam adik mereka sendiri.

★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★

"Awak kenapa ada dekat luar hospital lagi nie??" Durana mula emosi bila lihat Paan dengan budak rumah sewa ada dekat bahu jalan simpang masuk HKL sedang melayan ketagih nikotin jenama Pall Mall merah.

"Hisap rokok lah. Dalam tu mana boleh hisap rokok. Yang korang lak asal lambat sangat? Dah jom masuk tengok adik kita tu" Paan kembali membonceng motor dengan Wan Chubby berada di belakang nya. 

Walaupun Durana dan Zura yang gerak ke HKL dahulu namun keadaan jalan yang agak sesak pada masa makan tengahari ini membuat kan Zura dan Durana lambat sampai berbanding paan dengan budak rumah sewa.

"Paan memang bahasa kan Puteri adik kita ke dengan kau? Korang ada pape ke tak sebenarnya nie?" Zura cuba mengorek rahsia.

"Ish kau nie.. Kesitu pula. Aku tengah kusut macam nie sempat pula kau nak jadi paparazzi. Mana kami ada papa lah. Macam yang kau tahu lah. Kawan je.."
Durana sekali lagi cuba mengelak soalan sahabat baik nya itu. Namun memang itu hakikat hubungan mereka buat masa ini. 

"Tapi kalau tak kenapa cara dia layan Puteri tu macam adik dia sen.." Belum sempat Zura menghabiskan telahan nya sendiri Durana dah memotong ayat Zura.

"Motif? Zura, kau tahu kan Puteri tu mudah buat orang selesa. Lagi-lagi paan tu mudah sayang kan orang. Kalau kau nak kata sebab Paan layan Puteri macam tu je buat kau fikir kami ada pape dah tu macam mana pula dengan wan? Mat sedih? Alip? Dorang pun sayang dan layan Puteri macam adik sendiri.." Zura cuma membalas dengan diam seribu bahasa..

★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ 

"Paan dekat toilet. Mat sedih dengan Alip dah dekat atas dekat wad adik. Kita tunggu Paan jap.." Panjang lebar wan menerang kan situasi kepada Zura dan Durana yang baru sampai di lobi hospital.

Zura masih ragu-ragu dengan status kawan baik nya dengan Paan walaupun depan mata dia sendiri mendengar Wan juga membahasakan Puteri dengan pangilan "ADIK". 

"Lah.. Asal kau tak naik lagi kimbet?? Adik sapa yang tengok? Tunggu aku buat apa?" Wan cuma mencemuh.

"Aku tunggu kau lah hanat. Kau waktu macam nie lah nak berak, kencing semua" Wan tak diam diri. 


"Dah-dah. Korang gaduh apa lagi. Cepat la masuk lif." Kali ini giliran Durana pula membebel. Zura cuma tersenyum. Nampak kasar dari luaran cara Paan dengan budak-budak rumah sewa nie bergaul tapi betul lah kata orang, yang jenis cakap kasar dan tahan maki sesama kawan macam nie lah kawan yang betul-betul ikhlas. 

Walaupun muka Mat Sedih macam penyangak tapi Mat Sedih lah paling kerap datang ke HKL menghantar makanan dan buku novel sebab Puteri suka membaca walaupun tanpa di minta oleh Durana, Paan atau Puteri sendiri. 

Kadang-kadang Paan sendiri pernah meneka yang Mat Sedih ada hati dengan Puteri walaupun dinafikan sekeras-keras nya oleh Mat sendiri. 

"Aku ada adik dekat kampung sebaya dengan adik lah bangsat! Kau sendiri pun tahu." Maki Mat sedih bila di perli Paan dengan yang lain-lain. Padahal semua sedia maklum Mat memang sangat sayangkan adik perempuan nya itu. 

"Untung kau Dik Puteri.." Gumam Zura dalam hati.

★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★

"Masuk dua orang je boleh sekali masuk, jangan lebih 10 minit.. Kita kasi laluan dekat yang lain.." Alip memberi arahan kepada budak-budak yang memakai baju seragam sekolah.

Dalam ramai-ramai Alip lah muka paling langsi dan samseng. Persis macam pelakon YOUNG AND DANGEROUS tu tapi sekarang nie dia dah macam pelakon hindustan. Mata Alip dah tak boleh nak menipu. Merah macam baru lepas kena cucuk sebab skodeng orang mandi. 

"Kami baru lepas keluar. Kat dalam tu sekarang ada kawan-kawan sekolah adik dengan kawan masa dia kerja part time kot.." Mat Sedih awal-awal lagi lepas keluar dari wad dah duduk dekat bangku hujung koridor wad. Suasana ketika itu sangat sayu dan tegang. Tapi dari dalam sayup-sayup terdengar ketawa kecil dari bibir yang sangat semua kenali dan sayangi.

"Saya dah cakap adik kita tu kuat. Dah lah, awak masuk dulu dengan Zura. Saya masuk kemudian." Durana memandang Zura meminta kepastian. 

"Minta maaf Dur.. Aku tau masa nie memang tak sesuai kalau nak bergurau tapi kali nie aku serius. Korang masuk je berdua. Aku boleh ajak Wan je teman kan aku. Aku rasa Puteri lagi gembira kalau kau dengan Paan masuk sama-sama.." Durana cuma diam sama dengan Paan juga.

Sebenarnya dalam masa Puteri semakin gering Zura tahu yang Paan dan Durana ada krisis. Cuma besar atau kecil je yang Zura tak tahu sebab sahabat baik nya itu memang susah hendak berkongsi rahsia..

★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★

Kedatangan Paan dan Durana disambut dengan senyuman mesra dari Puteri. Nampak sihat dan ceria je Puteri, sama seperti biasa. 

Bukan nya Paan dan Durana tak tahu tentang penyakit dan keadaan Puteri yang sedang gering namun semangat Puteri yang cekal itu seringkali mengatasi rasa sakit yang sedang di tampung oleh nya. Benar Puteri memiliki semangat yang cekal.

"Abang dengan Akak tercegat berdiri kat pintu tu je buat apa? Meh lah sini duduk sebelah Put." Mesra sapaan dari Puteri yang selesa membahasakan dirinya Put atau adik bila bersama dengan Durana dan Paan. 

Tersedar dari lamunan sekejap bila di tegur oleh Puteri. Paan jalan dihadapan dan Durana hanya mengekori di belakang.

"Nie hah buku adik.. Tak penat ke baca novel banyak-banyak nie?" Tersenyum girang Puteri bila Paan bawakan sekali ole-ole buku novel seram. 

"Bila awak beli kan novel tu? Buku apa nie? Rumah Sewa? Kisah Musim Cinta? Ini Kisah Mereka? Semua cerita seram? Put nie mengarut lah baca cerita macam nie? Ntah sapa-sapa lah penulis nya.." Durana seperti biasa memang akan membebel dengan semua perkara. Puteri hanya tertawa kecil.

"Biarkan lah dia nak baca novel tu.. Awak nie kan ada je yang tak kena.." Macam biasa Paan yang selalu membela Puteri. 

"Sebab tu lah Puteri tak suruh akak beli. Abang je faham Puteri" Puteri menjelir kan lidah kepada Durana. Durana membalas dengan menyubit pipi Puteri. 

"Akak.. Puteri nak bercakap berdua dengan Abang je boleh.." Durana dan Paan berpandangan serentak.

★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★



0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Popular Posts